fbpx

Lebih 77,000 orang hilang di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASKAR Mexico mencari mayat di sekitar sebuah kubur besar di daerah Zitlala, negeri Guerrero, Mexico pada 25 November 2016. - AFP

BANDAR RAYA MEXICO – Lebih 77,000 orang didapati hilang di Mexico, kebanyakan mereka sejak kerajaan negara itu mengisytiharkan perang terhadap kartel-kartel dadah pada 2006, kata pihak berkuasa kelmarin.

Hampir satu perlima kehilangan itu berlaku dalam tempoh dua tahun lalu termasuk 8,345 orang pada tahun ini sahaja.

Kementerian Dalam Negeri Mexico menyatakan, sebahagian besar kehilangan tersebut dikaitkan dengan aktiviti  jenayah terancang.

“Secara keseluruhan, seramai 77,171 orang didaftarkan hilang sejak tahun 1964,” kata kementerian tersebut.

Antara kes berprofil paling tinggi melibatkan 43 pelajar sebuah kolej perguruan yang hilang enam tahun lalu. Kes tersebut dikategorikan sebagai belum selesai yang membangkitkan kemarahan rakyat Mexico.

Kira-kira 296,000 orang dibunuh sejak kerajaan Mexico mengerahkan tentera memerangi kartel-kartel dadah dalam tahun 2006.

“Beribu-ribu kubur rahsia mengandungi 6,900 mayat telah ditemui sejak itu,” kata Timbalan Menteri Hak Asasi Manusia, Alejandro Encinas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI