fbpx

Kementerian Pendidikan nafi lambat bertindak – Radzi Jidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan sebarang keputusan yang perlu diambil termasuk penutupan sekolah perlu berdasarkan perbincangan terperinci antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menterinya, Dr. Radzi Jidin berkata, beliau menafikan kementeriannya lambat membuat keputusan mengenai penutupan sekolah.

Menurutnya, beliau sedar kegusaran dan kebimbangan ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah.

“Saya menerima banyak pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak tentang keperluan untuk menutup sekolah apabila terdapat peningkatan kes penularan Covid-19.

“Mungkin ada yang melihat dalam keadaan tertentu kami seolah-olah lambat membuat keputusan. Hakikatnya tidak begitu,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook peribadinya, malam tadi.

Namun katanya, kementerian telah mula belajar beberapa bulan kebelakangan ini apakah pendekatan yang sesuai dalam suasana dan keadaan tertentu.

“Menaungi lebih lima juta orang murid sekolah, pelajar Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG), lebih 500,000 orang guru, pensyarah dan kakitangan, serta lebih 10,000 buah sekolah memerlukan pendekatan yang cermat.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan, walaupun terdapat kekurangan di sana sini, secara keseluruhannya pengoperasian institusi pendidikan dibawah kementerian di sepanjang tempoh ini berjalan dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru, murid, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), warga sekolah dan warga kementerian secara keseluruhannya.

“Bersama-samalah kita bekerjasama rapat dalam menangani cabaran ini. InsyaAllah, kami di kementerian akan terus komited untuk melakukan yang terbaik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI