fbpx

Geng samun rumah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas pihak polis.

KUALA LUMPUR- Enam penjenayah terlibat dalam kes samun dalam rumah di Petaling Jaya tumpas selepas mereka berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata suspek yang berusia antara 20 hingga 47 tahun termasuk dua warga asing itu ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D8) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dalam dua serbuan berasingan pada 12 September dan 5 Oktober lalu.

Katanya, pihak polis bertindak atas laporan kejadian samun dalam rumah daripada seorang lelaki berusia 60 tahun di rumahnya di Damansara Jaya pada 9 September lalu.

“Dalam kejadian ini, dua lelaki dipercayai warga tempatan telah memecah masuk ke dalam rumah mangsa dengan menggunakan senjata sebilah sabit. Mangsa telah disamun dan mengalami kerugian sebanyak kira-kira RM8,000

“Antara barang-barang yang telah disamun iaitu sebuah telefon bimbit jenis Samsung, sebuah tablet jenis Samsung Galaxy dan sebuah kamera jenama Nikon,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rentetan kejadian berkenaan, Nik Ezanee berkata pihak polis menjalankan siasatan dan risikan bagi mengesan penjenayah terlibat.

“Pihak polis berjaya membuat tangkapan ke atas seorang wanita warga asing berumur 24 tahun, seorang lelaki warga tempatan berumur 29 tahun dan seorang lelaki warga asing berumur 20 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan Kuala Lumpur pada 12 September.

“Daripada tangkapan tersebut, pihak polis berjaya merampas dua belas buah telefon bimbit pelbagai jenama, empat keping kad bank, empat buah kamera digital pelbagai jenama, pelbagai alatan yang dipercayai digunakan untuk memecah masuk rumah dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC milik suspek,” katanya.

Tambah beliau, pada 5 Oktober lalu, pihak polis berjaya menangkap tiga lelaki tempatan di kawasan Petaling Jaya berusia antara 34 hingga 47 tahun yang dipercayai rakan sejenayah. Sebuah komputer riba jenama Dell turut dirampas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI