fbpx

Budak jalan kaki sejauh 2,735km ke rumah nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun berjalan kaki sejauh 2,735 kilometer (km) dari Palermo di Pulau Sicily, Itali ke London, England untuk bertemu dengan neneknya pada Ahad lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Kanak-kanak itu, Romeo Cox berkata, dia bersama bapanya mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk sampai ke kota ­London.

“Sudah lama saya tidak bertemu nenek sejak kami sekeluarga berpindah ke Itali pada tahun lepas. Disebabkan tiada laluan penerbangan ke London disebabkan pandemik Covid-19, saya ambil keputusan untuk berjalan kaki.

“Pada awalnya, ibu dan bapa saya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, tetapi lama-kelamaan selepas memujuk berkali-kali, mereka akhirnya bersetuju,” ­katanya.

Selain itu, Cox berkata, sejurus tiba di London pada 21 September lalu, dia dan bapanya melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari sebelum bertemu nenek, Rosemary, 77.

Cox menyatakan mereka berjalan dari selatan ke utara me­rentas Itali, Perancis dan Switzerland.

“Banyak dugaan yang kami hadapi sepanjang perjalanan termasuk lari daripada dikejar anjing liar, sesat beberapa kali dan luka di kaki. Kami tidak berputus asa,” katanya.

Perjalanan dua beranak dari Itali ke England itu turut bertujuan mengumpul dana bagi disumbangkan kepada pihak Tabung Pendidikan Pelarian.

“Saya ada kawan di Itali yang juga seorang pelarian dari Ghana dan dia memberi inspirasi kepada saya untuk membantu mengumpul dana ini.

“Dia banyak membantu ketika saya mula-mula berpindah ke Itali dan sekarang, saya ­ingin membantunya serta kanak-kanak senasib dengan dia,” ­jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI