fbpx

BN tidak bertanding di Batu Sapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan Nasional

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Batu Sapi.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut dibuat kerana BN merasakan virus Covid-19 hendaklah dielakkan daripada menular.

“Sekiranya PRK itu diadakan, sebagaimana dialami seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

“BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan diadakan kelak,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, pada hemat BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI