KUALA LUMPUR- Ibu pejabat MNRB Holdings Berhad (MNRB) di Bangunan Malaysian Re ditutup sementara susulan seorang pekerja di bangunan itu disahkan positif Covid-19.
“MNRB telah menutup Bangunan Malaysian Re sementera bermula pukul 3 petang hari ini untuk proses nyahkuman dan sanitasi penuh.
“MNRB akan mengambil langkah-langkah yang perlu dan kekal berwaspada dalam usaha mengekang penularan Covid-19,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. -K! ONLINE