fbpx

Anwar persembah jumlah MP pada Agong Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan jumlah sokongan Ahli Parlimen kepada beliau pada hari Selasa, 13 Oktober ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, Baginda telah memberi perkenan terhadap pertemuan tersebut.

“Saya ingin menjunjung kasih kerana Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober, Insha Allah.

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI