fbpx

Allahyarham Paimuzi seorang yang komited- Dr. Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar catatan Zulkifli mengenai pemergian Paimuzi di laman Facebooknya.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya sebagai seorang penjawat awam yang gigih dan komited dalam menjalankan tugas.

Menurutnya, di sebalik kesihatan Allahyarham yang merosot sejak beberapa bulan lalu, beliau masih aktif mempengerusikan mesyuarat dan menerima kunjungan tetamu ke pejabat.

“Malah, kali terakhir kami bertemu adalah ketika Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan KAFA peringkat Kebangsaan baru-baru ini.

“Jelas, beliau adalah penjawat awam yang gigih dan komited dalam menjalankan tugas,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Artikel berkaitan : KP Jakim meninggal dunia

Zulkifli berkata, sumbangan Allahyarham kepada Islam dan negara insyaAllah menjadi bekal buatnya di alam sana.

Allahyarham yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh, Selangor kira-kira pukul 1 petang tadi akibat komplikasi jantung dan paru-paru. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI