fbpx

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Paimuzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari laman instagram @istana_negara.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya yang kembali ke Rahmatullah tengah hari tadi.

Perkara itu dikongsi Al-Sultan Abdullah menerusi laman instagram, @istana_negara sebentar tadi.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

Baginda bertitah, khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada masyarakat dan negara khususnya dalam pentadbiran hal ehwal Islam amatlah dihargai.

“Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” titahnya.

Allahyarham Paimuzi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh, Selangor kira-kira jam 1 petang tadi akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang petang ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI