fbpx

Terpaksa jual rumah, jiran enggan berhenti menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Somthop (kiri) menunjukkan iklan jualan rumahnya dengan kenyataan pembeli akan mendapat penyanyi percuma. - THE THAIGER

BANGKOK – Seorang wanita terpaksa menjual rumahnya berikutan tidak senang duduk apabila jirannya sering menyanyi hingga mengganggunya di sebuah kejiranan di Nonthaburi, Thailand baru-baru ini.

Menurut portal berita The Thaiger, wanita tersebut, Somthop yang tinggal bersama anak perempuannya, Kanchana mengiklankan rumah mereka dengan kenyataan pembeli akan mendapat penyanyi percuma.

Jiran mereka, Saksit yang membuka perniagaan makanan dari rumah sering menyanyi sambil memetik gitar apabila tiada pelanggan.

“Menyanyi membuatkan saya gembira dan jiran-jiran yang lain pun tidak pernah mengadu malah, penghantar makanan juga memuji kemerduan suara saya.

“Sebenarnya perselisihan ini bermula sejak setahun lalu apabila Somthop membeli pembesar suara dan suka memasangnya dengan kuat,” katanya.

Selain itu, Saksit berkata, dia pernah menegur perbuatan wanita tersebut dan meminta mereka memperlahankan bunyi pembesar suaranya, namun tidak diendahkan.

“Saya pernah meminta supaya memperlahankan sedikit bunyi pembesar suara kerana tidak mahu mengganggu isteri yang sedang mengandung.

“Namun teguran saya itu menjadi punca perselisihan faham kami sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Sementara itu, Somthop and Kanchana berkata, mereka pernah membuat laporan polis sebanyak dua kali, namun malangnya apabila polis telah menasihati jirannya, Saksit semakin kerap menyanyi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI