fbpx

Remaja maut tersepit bawah van kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja maut tersepit bawah van kilang.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Seorang remaja lelaki maut selepas tersepit di bawah sebuah van kilang gara-gara motosikal yang ditunggangi hilang kawalan dan bertembung dengan kenderaan itu di Kilometer 1, Jalan Selandar – Batang Melaka di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.10 pagi itu, mangsa, P. Selvam, 19, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Azman Md. Dawam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.13 pagi dan lima anggota termasuk sebuah jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di tempat kejadian kita dapati terdapat seorang lelaki tersepit di bawah sebuah van kilang dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, pemandu van bersama-sama lima penumpang yang lain bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Batang Melaka menghala ke arah Selandar.

“Setiba di tempat kejadian, motosikal jenis Yamaha LC 135 yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan bertembung dengan sebuah van kilang yang dipandu lelaki berusia 46 tahun.

“Akibat kemalangan itu, remaja berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan pada anggota badan dan kepala,” katanya.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI