KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh mengeluarkan kompaun serta-merta di lapangan terhadap mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran berbuat demikian telah diberikan oleh Jabatan Peguam Negara.
“Namun begitu, kompaun serta-merta ini boleh dikeluarkan oleh anggota PDRM berpangkat Inspektor dan ke atas,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung melalui Facebook hari ini.
Beliau menambah, pihak berkuasa juga akan memperketatkan lagi kawalan sempadan negara khususnya di Pantai Timur Sabah dengan menambah jumlah anggota keselamatan dan aset-aset bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Selain itu, katanya, pemantauan pematuhan SOP juga akan digiatkan manakala jumlah sekatan jalan raya juga akan diperbanyakkan. – K! ONLINE