fbpx

Pihak berkuasa Thailand beri amaran bahaya ‘Cabaran Benadryl’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cabaran Benadryl melibatkan orang ramai mengambil dos berlebihan ubat antihistamin. - GAMBAR HIASAN/AFP

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand memberi amaran mengenai cabaran berisiko membawa maut dikenali sebagai ‘Cabaran Benadryl’.

Menurut portal berita The Thaiger, cabaran itu melibatkan orang ramai mengambil dos berlebihan ubat antihistamin untuk berhalunisasi.

Mereka kemudian memuat naik rakaman pengalaman masing-masing di platform media sosial TikTok.

Jenama ubat Benadryl yang dijual dalam bentuk  pil atau sirap mengandungi ramuan aktif antihistamin.

Amaran mengenainya dikeluarkan selepas ramai remaja di seluruh dunia dilaporkan mengambil ubat tersebut secara berlebihan, malah, sebilangan mereka turut meninggal dunia selepas melakukan  cabaran itu.

Pentadbiran Makanan dan Ubat Thailand (FDA) memberi amaran kepada orang ramai bahawa mengambil ubat Benadryl dalam jumlah yang banyak adalah berbahaya.

“Ia boleh menyebabkan degupan jantung tidak sekata, darah tinggi dan serangan jantung” kata Setiausaha Agung FDA, Supattra Boonserm.

Ubat antihistamin digunakan untuk merawat simptom alergi melibatkan sistem pernafasan seperti hidung berair  dan bersin, manakala kesan sampingan seperti rasa mengantuk adalah biasa.

Hanya satu atau dua biji ubat tersebut boleh diambil pada selang masa 4 hingga 6 jam untuk merawat alergi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI