fbpx

Pencuri kerat dua skrol puisi bernilai RM1.2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Polis Hong Kong menyatakan satu skrol puisi tulisan Mao Zedong yang bernilai berjuta-juta dolar yang dilaporkan hilang sebelum ini sudah ditemui, dalam keadaan dipotong dua.

Beberapa pegawai polis berkata, individu yang mengendalikan artifak yang dicuri bertindak memotong bahan bersejarah itu selepas mendapati ia ‘terlalu sukar untuk dipamerkan’.

Skrol kaligrafi yang dianggarkan bernilai AS$300 juta (RM1.2 bilion) adalah salah satu koleksi paling mahal yang dilaporkan hilang semasa satu rompakan pada bulan lalu.

Sebelum ini, pangsapuri milik seorang pengumpul warga China, Fu Chunxiao di Hong Kong dipecah masuk dan beberapa barangan koleksi bernilai tinggi dilaporkan hilang.

Chunxiao berkata, tiga penjenayah membawa lari koleksi artifak yang dianggarkan bernilai HK$5 bilion (RM2.68 bilion), termasuk setem antik dan bahan revolusi dari Tanah Besar China.

BACA >> Pencuri larikan setem, kaligrafi bernilai lebih RM2 bilion

Hari ini, polis mengumumkan penemuan semula skrol Mao dan dua syiling tembaga. Bagaimanapun, skrol itu didapati rosak teruk.

“Ada orang mengaku (skrol) itu terlalu sukar untuk dipamerkan disebabkan terlalu panjang. Jadi, ia dipotong dua,” kata Superintendan Kanan, Tony Ho.

Polis berkata, seorang suspek sudah ditangkap kerana disyaki mengendalikan barang curi, seorang lagi kerana rompakan dan individu ketiga atas dakwaan membantu jenayah.

Pihak penyiasat berkata, usaha meminta bantuan maklumat daripada orang ramai membantu menjejak seorang pemandu teksi yang kemudiannya mengecam beberapa suspek utama dan lokasi mereka.

Polis percaya mereka sudah mengenal pasti dua lagi suspek pencuri yang masih bebas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI