fbpx

Pemuda UMNO minta kerajaan tangguh sesi persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia meminta kerajaan menangguhkan sementara
sesi persekolahan berikutan peningkatan kes positif Covid-19.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turut meminta kerajaan melanjutkan moratarium sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga bulan.

Kata beliau, kerajaan turut diminta membuat bayaran ‘one-off’ RM500 kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang terjejas dengan penangguhan kemasukan akademik.

“Perkara ini perlu diputuskan segera pada Mesyuarat Kabinet hari ini,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI