fbpx

Pemandu lori sampah maut langgar lori pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di lori sampahnya.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Seorang pemandu lori sampah maut apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori pasir dalam kejadian Jalan Bukit Kerayong, petang tadi.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa berusia 38 tahun yang tersepit dalam lorinya itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dalaman.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang memandu lori dalam perjalanan ke Jalan Akob dari Jeram.

Katanya, setiba di lokasi kejadian lori dipandu mangsa hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori lain.

“Akibatnya, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.

“Sementara, pemandu sebuah lagi lori berusia 57 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapar, Yazli Yahya berkata, pihaknya mengambil masa selama 15 minit bagi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan keselamatan hidraulik dengan kekuatan seramai lapan anggota termasuk beliau.

“Kami melakukan operasi mencuci jalan kerana terdapat limpahan petrol pada jalan akibat kemalangan itu,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI