fbpx

Pemain muda Perak II mampu berkembang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABU BAKAR positif dengan langkah mewujudkan Skuad Projek yang dijangka memberi banyak manfaat kepada bakat-bakat muda negara.

Oleh Azizan Hashim

Ketua jurulatih Perak II, Abu Bakar Fadzim berpuas hati dengan peningkatan aksi anak-anak buahnya ketika mengharungi baki perlawanan Liga Premier musim ini.

Abu Bakar berkata, berdasarkan persembahan dalam enam perlawanan selepas liga bersambung, Perak II berupaya memberi saingan kepada pasukan lawan.

“Kemampuan kami tidak jauh berbanding pencabar-pencabar lain. Kami hanya tewas tipis dan ada yang berjaya mengikat pasukan besar se­perti Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Abu Bakar, kea­daan itu mungkin disebabkan mereka berpeluang membuat persiapan yang cukup selepas dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ).

Katanya, meskipun persiapan pramusim pasukan Perak II tidak begitu lancar kerana masih samar dengan kedudukan semasa pasukan, namun segalanya berjaya dilakukan dengan pantas termasuk pengambilan khidmat pemain import.

Tambahnya, apa yang boleh dibanggakan adalah sebahagian besar perlawanan yang diharungi Perak II hanya menggunakan dua pemain import manakala selebihnya pemain muda tempatan.

“Perak II hanya mempunyai dua pemain import berbanding pencabar-pencabar lain yang melengkapkan kuota import mereka.

“Saya berbangga dengan semangat juang kental pemain walaupun ramai antara mereka yang pertama kali beraksi pada saingan Liga Premier.

“Justeru, selaras dengan kedudukan selaku pasukan pelapis, Perak II akan terus memainkan peranan sebagai pasukan pembangunan serta menjadi kilang untuk melahirkan pemain-pemain muda berbakat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI