fbpx

Nelayan mati dibaham buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang nelayan maut dibaham buaya apabila perahu yang dinaikinya terbalik di sebatang sungai di Kabupaten Banyuasin, Sumatera Selatan semalam.

Mayat Rustam, 35, ditemui di Sungai Bungin selepas pasukan polis dan penduduk setempat melakukan operasi pencarian pada petang Selasa, lapor Kompas.com.

Ketua Polis Sungsang Inspektor Bambang Wiyono berkata, mangsa turun ke sungai itu bersama abangnya, Gani, 70, selepas waktu Subuh pada hari kejadian untuk memukat ikan.

Semasa mangsa sedang menarik jaring yang sudah dipasang malam sebelumnya, seekor buaya tiba-tiba muncul dan merempuh perahu yang mereka naiki hingga terbalik.

“Mereka berdua jatuh ke dalam sungai sebaik sahaja perahu itu terbalik dilanggar buaya. Mangsa terus dibaham buaya manakala abangnya berjaya berenang ke tebing sungai,” katanya lagi.

Tambah Bambang, Gani yang berjaya naik ke darat menjerit meminta tolong penduduk setempat untuk membantu adiknya namun, tidak berhasil kerana buaya itu dan Rustam tidak lagi kelihatan.

Mayat mangsa ditemukan beberapa jam selepas pasukan polis tiba di lokasi kejadian dan diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.

Bambang turut berpesan kepada penduduk kampung supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti mencari atau menangkap ikan di Sungai Bungin yang sememangnya terkenal sebagai habitat buaya ganas.

“Kalau ingin pergi memukat ikan, jangan lakukan secara sendiri,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI