fbpx

MetMalaysia sedang lakukan ujian siren SAATNM di tiga kawasan di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sedang melakukan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di tiga kawasan sekitar Pulau Pinang hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ujian tersebut melibatkan sistem siren yang terletak di Miami Beach, Batu Feringgi dan Persiaran Gurney.

Jelas mereka, ujian tersebut bermula pukul 9 pagi tadi sehingga 5 petang.

“Justeru, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,”katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI