fbpx

Maszlee bersyukur McDonald’s di Simpang Renggam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan tanda restoran makanan segera itu dibawa naik di Simpang Renggam.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik gembira dan bersyukur kerana usaha beliau mengadakan restoran makanan segera McDonald’s di Simpang Renggam, Johor menjadi kenyataan.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, pembukaan McDonald’s tersebut diharap menjadi salah satu punca pekerjaan untuk anak tempatan dan membuat kitaran ekonomi setempat bergerak dengan lebih baik.

“Papan tanda telah dibawa naik dan proses pembinaan akan berjalan. ‘Outlet’ ini dijangka siap pada hujung tahun,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Maszlee memaklumkan beliau bertemu dengan Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar pada penghujung tahun 2019.

Jelas beliau, pertemuan itu bagi mengadakan usahasama dengan syarikat tersebut dan membangunkan sebuah restoran makanan segera McDonald di Simpang Renggam.

“Semalam, saya dimaklumkan bahawa tapak ‘outlet’ McDonald telah pun disediakan di sini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI