fbpx

Kerajaan NS hadkan program kerajaan, bendung penularan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan akan menghadkan beberapa program kerajaan negeri susulan situasi semasa Covid-19 ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri sudah melakukan perbincangan bagi menghadkan program yang melibatkan perjumpaan ramai sehingga ia dimaklumkan kelak.

“Dalam mesyuarat Exco tadi saya ada berbincang berhubung bilangan kes yang semakin meningkat. Kami telah menjelaskan ada beberapa program yang kita batalkan dalam suasana peningkatan Covid-19 di negeri ini.

“Malah penglibatan ramai juga perlu dirancang dalam sesuatu program yang akan diadakan ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin menjelaskan dua lokasi positif Covid-19 yang dicatatkan di Negeri Sembilan iaitu di Ulu Teriang dan Rasah adalah masih dalam keadaan terkawal dan agak terkawal.

“Di Negeri Sembilan, ada kes di Ulu Teriang dan dua di Rasah dan kes ini agak terpencil. Walau bagaimanapun, kita menunggu laporan terkini daripada pihak Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua penduduk di negeri ini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Saya berharap semua masyarakat di negeri ini mengikut SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19. Sila jaga jarak dan pakai pelitup muka pada setiap masa.

“Di negeri ini masih lagi terkawal dan belum ada tanda-tanda peningkatan dan hanya beberapa melibatkan beberapa kawasan dan kontak tertentu sahaja,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI