fbpx

KBS tangguh Sambutan Hari Sukan Negara 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL.

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menangguhkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN 2020) yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 Oktober ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sambutan itu ditangguhkan kepada satu tarikh bersesuaian yang akan diumumkan kemudian.

“Sambutan peringkat negeri, kementerian dan agensi kerajaan, sekolah mahupun persatuan dan komuniti sukan juga disarankan untuk mengambil langkah yang sama.

“Keputusan penangguhan HSN 2020 ini dibuat setelah mengambil kira situasi peningkatan jumlah kes Covid-19 baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Reezal Merican berkata, pengangguhan itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak risiko penyebaran pandemik tersebut demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.

Kata beliau, semua penggiat sukan juga diingatkan sentiasa menjaga diri, kekal sihat dan aktif mengikut
prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI