fbpx

Kakitangan KSM positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

PUTRAJAYA – Seorang kakitangan Kementerian Sumber Manusia (KSM) di sini disahkan positif Covid-19 pada 4 Oktober lalu dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

KSM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil langkah-langkah pencegahan segera penularan jangkitan Covid-19 dengan mengemukakan senarai nama kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, kontak rapat dalam kalangan kakitangan KSM telah menjalani saringan kesihatan dan menjalani proses kuarantin di rumah.

“Sebagai langkah tambahan, ujian calitan akan dilaksanakan kepada pegawai-pegawai KSM.

“Langkah proaktif seterusnya diambil dengan menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran kementerian,” katanya di sini hari ini.

KSM berkata, semua program dan aktiviti membabitkan kementerian itu ditangguhkan berkuat kuasa serta merta sehingga 16 Oktober depan.

“Kementerian akan terus memantau perkembangan terkini Covid-19 serta memperketat langkah-langkah pencegahan melalui kerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan wabak itu dapat dibendung,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI