fbpx

Hyeri derma rambut buat pesakit kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYERI

SELEPAS lima tahun tampil berambut panjang, penyanyi Hyeri mengambil keputusan menukar gaya dengan memotong pendek rambutnya baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan dalam saluran YouTube miliknya, penyanyi itu memotong sendiri rambutnya sebelum kemudian dibantu oleh tukang gunting.

“Hari ini saya mahu ucapkan selamat tinggal kepada rambut panjang yang saya simpan selama lima tahun.

“Sewaktu saya berusia 20-an, saya berambut pendek. Selepas beberapa tahun dengan gaya rambut begini, adakah masih kelihatan elok dengan diri saya?” ujarnya yang ternyata gementar dengan perubahan tersebut.

Selepas memotong rambutnya melepasi paras bahu, Hyeri kembali ceria dan mengatakan dia mahu menjadikan gaya rambut sederhana panjang sebagai trend masa kini.

Menariknya, dia merancang untuk menderma rambut yang dipotong kepada golongan yang memerlukan.

“Saya mahu berikan rambut ini kepada yang lebih memerlukan berbanding saya,” ujarnya yang merancang untuk mendermakan rambutnya kepada pesakit kanser kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI