fbpx

Hafizh mahu dapat pelarasan sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH tidak sabar untuk turun beraksi di Litar Le Mans bagi meraih keputusan positif pada perlumbaan GP Perancis hujung minggu ini.

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah sedar prestasinya tidak berapa baik pada dua perlumbaan lalu dan bertekad untuk memperbaikinya menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Perancis pada hujung minggu ini.

Pada perlumbaan GP Emilia Romagna, Hafizh sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-23 dan tempat ke-18 bagi GP Barcelona.

“Saya tidak sabar untuk turun beraksi di Litar Le Mans bagi meraih keputusan positif pada perlumbaan hujung minggu ini. Saya sedar dua perlumbaan lalu menyaksikan keputusan tidak berapa memuaskan.

“Keadaan saya bertambah baik tetapi keadaan kaki saya sedikit mengganggu rentak perlumbaan. Kadang-kadang kaki saya masih terasa sakit ketika menunggang jentera. Apa pun, saya perlu bekerja keras dan perlu perbaiki prestasi saya,” katanya.

Hafizh turun beraksi pada GP Perancis dalam keadaan sakit selepas pelumba Aspar Racing tersebut mengalami kemalangan ngeri pada GP Austria di Litar Red Bull Ring Ogos lalu.

Justeru, pelumba berusia 26 tahun itu bertekad untuk mendapatkan pelarasan lebih sempurna bersama pasukan teknikal terutama menerusi casis jentera Speed Up.

“Saya akan tingkat prestasi dan bekerjasama dengan pasukan untuk mencari pelarasan lebih sempurna di Le Mans nanti,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI