fbpx

Griezmann akui tidak gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRIEZMANN tidak gembira dengan peranan yang diberikan oleh Koemann sebagai pemain sayap berbanding sebagai pemain tengah menyerang. – AFP

PARIS – Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps mendedahkan, penyerangnya, Antoine Griezmann tidak gembira dengan peranannya bersama Barcelona.

Deschamps, 52, menjelaskan, penyerang berusia 29 tahun itu diarahkan oleh ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman untuk bermain bukan pada posisi sebenarnya iaitu bahagian sayap berbanding kebiasaannya sebagai pemain tengah menyerang.

“Saya sudah bercakap de­ngan Griezmann. Hasil daripada perbualan kami berdua, saya pasti dia tidak gembira dengan situasinya di Barcelona ketika ini.

“Saya tidak mahu campur urusan antara pemain dengan kelab mereka sama ada Barcelona atau pasukan-pasukan lain. Cumanya, saya akui Griezmann bukan bermain di posisi sepatutnya dia berada.

“Tiada cara lain selain Griezmann perlu cuba menyesuaikan diri dengan posisi baharu supaya dia terus mendapat minit permainan bersama Barcelona. Saya percaya dia ada kemampuan untuk bermain di posisi baharu,” kata Deschamps.

Di bawah bimbingan Koeman, bekas penyerang Atletico Madrid itu masih gagal mencipta nama selaku penjaring gol sepanjang tiga perlawanan Barcelona dalam saingan La Liga setakat ini.

Bagaimanapun, Griezmann boleh menarik nafas lega apabila dia bakal kembali bermain di posisi sebenarnya bersama Perancis menghadapi Ukraine dalam aksi persahabatan antarabangsa dan dua perlawanan Liga Negara-Negara Eropah bertemu Portugal serta Croatia bulan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI