fbpx

Empangan Teluk Bahang masih rendah biarpun hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang di Balik Pulau menyusut sejak Ogos lalu.

BALIK PULAU – Biarpun hujan melanda negeri ini, Empangan Teluk Bahang di sini yang mengalami penyusutan kapasiti efektif sejak Ogos lalu masih berada dalam situasi kritikal.

Ini kerana kapasitinya hanya meningkat sebanyak 6.6 peratus dalam tempoh sebulan dan dikategorikan sebagai sangat rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata, kapasiti efektif empangan itu telah meningkat daripada 16 peratus pada 5 September lalu kepada 22.6 peratus semalam berikutan hujan yang melanda.

“Peningkatan itu juga disebabkan oleh kejayaan pelaksanaan projek kontingensi air mentah Sungai Pinang apabila ia diisi semula dengan air mentah daripada kawasan tadahan air di Teluk Bahang dan Sungai Pinang.

“Walaubagaimanapun, kita amat bimbang dengan kapasiti efektifnya yang sangat rendah (ketika ini) dan menyasarkan untuk mencapai 45 peratus pada 31 Disemberi ini sebagai persediaan untuk musim kemarau berikutnya yang dijangka bermula pada Januari tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Januari lalu, empangan itu mencatatkan kapasiti efektif 41.8 peratus dan berjaya menampung pada musim kemarau sepanjang tempoh lapan bulan tahun ini.

Empangan Teluk Bahang adalah komponen penting dalam sistem bekalan air yang kepada kira-kira 38,000 akaun air di kawasan Teluk Bahang, Batu Ferringhi dan sekitar Tanjung Bungah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI