fbpx

Depoh senjata meletup, lebih 10 kampung terpaksa dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Rusia hari ini memindahkan penduduk dari lebih 10 perkampungan di wilayah Ryazan, tenggara Moscow selepas beberapa letupan berlaku di satu depoh senjata, lapor agensi berita rasmi negara berkenaan.

“Kami sedang memindahkan penduduk dari lebih 10 kawasan penduduk berhampiran, dalam radius lima kilometer,” kata seorang jurucakap daripada kementerian berkait bencana kepada agensi berita TASS.

Menurut laporan awal, satu kebakaran tidak terkawal menyebabkan depoh simpanan senjata itu terbakar. Berlaku letupan dilaporkan berlaku.

Bunyi letupan boleh didengari setiap lima hingga 10 saat, menurut Daily Mail yang memetik laporan beberapa agensi berita di Rusia.

BACA >> [Video] Letupan depoh senjata Rusia, Lebih 1,000 penduduk dipindahkan

Beberapa saksi mendakwa melihat sisa bahan senjata dan debu jatuh dari langit dan empat letupan kuat berlaku dalam sejam pertama selepas depoh itu terbakar.

Beberapa kampung di Shelemikhino dan Zheltukhino dikhuatiri mengalami kerosakan akibat letupan.

Depoh itu terbakar selepas satu kebakaran di kawasan berhampiran ditiup angin ke arah fasiliti berkenaan, menurut Tentera Rusia yang dipetik sebagai berkata oleh TASS.

Tambahnya, tiada sesiapa mengalami kecederaan dan askar serta orang awam sedang dipindah keluar. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI