fbpx

Cari dadah, jumpa senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azam (dua kanan) menunjukkan senapang jenis raifal yang dirampas polis daripada satu sindiket dadah terancang di sekitar Kota Damasara, kelmarin. Foto - ZULFADHLI ZAKI

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Bukan dadah sahaja dijumpai malah bom tangan, selaras senapang jenis raifal dan 140 butir peluru turut ditemukan dalam siri serbuan melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terancang di sekitar Kota Damansara di sini kelmarin.

Serbuan yang dilakukan bermula pukul 10 pagi itu menahan seramai enam suspek berusia 19 hingga 33 tahun dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, siasatan awal mendapati sindiket tersebut beroperasi sejak enam bulan lalu dan menjadikan Lembah Klang sebagai pasaran utama pengedaran dadah.

Katanya, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah teres dua tingkat yang menahan seorang lelaki bersama 50 bungkusan dadah disyaki syabu seberat 5.15 kilogram (kg) dan 262 bungkusan heroin dengan berat 98.2 kg yang nilai keseluruhannya RM11.4juta.

“Soal siasat terhadap suspek tersebut kemudiannya membawa serbuan di sebuah kondimium dengan menahan dua lagi ahli sindiket tersebut.

“Hasil pemeriksaan kemudiannya menemui tiga bom tangan, satu laras senapang jenis raifal dan 140 butir peluru hidup di sebuah kotak kertas di bahagian dapur unit kondominium tersebut, ” katanya pada sidang akhbar di IPK Selangor hari ini.

Tambah Noor Azam, baki tiga suspek diberkas masing-masing di stesen minyak dan kawasan tepi jalan sekitar Kota Damansara.

Ujar beliau, siasatan masih dijalankan kegunaan sebenar semua senjata api termasuk mengenal pasti sama ada kesemua suspek terlibat dalam aktiviti kongsi gelap.

“Mereka kini direman empat hingga enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjatapi 1960,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI