KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan beliau telah menjalani dua ujian Covid-19.
Menurut beliau, keputusan bagi kedua-dua ujian saringan tersebut adalah negatif.
“Banyak spekulasi mengenai status kesihatan saya. Terima kasih kerana ramai yang prihatin dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya sekeluarga.
“Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sehingga ujian Covid-19 ketiga dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Gombak itu berkata, beliau tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawab dari rumah dan mendoakan seluruh rakyat Malaysia dilindungi jangkitan Covid-19. – K! ONLINE