KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan situasi semasa pandemik Covid-19 adalah membimbangkan.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua rakyat Malaysia supaya bersatu dan meningkatkan disiplin serta amalan kebersihan.
“Beri dukungan kepada barisan hadapan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sedari awal.
“Ini sahaja jalan dalam usaha menumpaskan wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar berkata, beliau terkesan dengan jumlah mangsa korban Covid-19 semalam yang turut melibatkan seorang bayi berusia setahun.
Kata beliau, perkara itu sangat menyayat hati tatkala keluarga tidak dapat menatap dan mengucup untuk kali terakhir.
“Saya berharap kita akan terus kuat semangat dan bersatu melawan wabak ini,” katanya. – K! ONLINE