KUALA LUMPUR – Sejumlah 46 kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya daripada 274 kawasan yang terlibat dengan gangguan air tidak berjadual sejak Isnin lalu.
Air Selangor melalui ciapan di akaun Twitternya hari ini memaklumkan, 46 kawasan yang telah menerima bekalan air semula itu merangkumi peratusan pemulihan pada tahap 17 peratus.
“Jesteru itu , sebanyak 228 kawasan lagi masih dalam proses pemulihan di wilayah yang terjejas.
“Petaling mencatatkan 37 peratus pemulihan akaun, Kuala Langat 55 peratus pemulihan manakala wilayah Hulu Langat dan Sepang serta Putrajaya masing-masing kosong peratus masih dalam proses pumulihan,” jelas ciapan tersebut hari ini. – K! ONLINE.