fbpx

15 pelajar disaman Op Didik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) telah mengeluarkan 15 saman dalam OP Didik yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Damansara Alif, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah JBS, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, operasi tersebut dijalankan bermula pukul 12 tengah hari hingga petang semasa pelajar pulang dari sekolah.

Katanya, dalam Op Didik tersebut seramai 45 orang pelajar dan sebanyak 33 buah kenderaan telah diperiksa.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD JBS juga telah mengeluarkan 15 keping saman Pol. 257 di atas pelbagai kesalahan yang dilakukan dalam operasi tersebut.

“OP Didik ini diadakan bertujuan untuk memberi pendidikan dan nasihat kepada pelajar sekolah supaya mengambil langkah-langkah keselamatan dalam menggunakan motosikal dari rumah ke sekolah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Padzli berkata, operasi tersebut disambut baik pihak sekolah bagi mendisiplinkan pelajar mereka bagi mematuhi peraturan lalu lintas.

“Ketua operasi, Inspektor Suraya Bidi turut membuat perjumpaan dengan guru sekolah dan membincangkan masalah berkaitan pelajar yang menggunakan kenderaan ke sekolah.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan melaksanakan OP Didik ini secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umumnya tentang faktor keselamatan dan kepentingan mematuhi undang- undang jalan raya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI