fbpx

140 kompaun tidak patuh SOP dikeluarkan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat melakukan gimik perasmian Program Forum Perdana pembangunan Islam Dalam Menangani Dadah Dan Pelencongan Sosial di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Polis telah mengeluarkan sebanyak 140 kompaun dalam tempoh tiga hari terhadap orang awam dan pengusaha premis tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan penularan wabak Covid-19 di seluruh negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafein Mamat berkata, langkah itu selaras dengan usaha untuk mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP.

Katanya, beliau melihat orang ramai kini dilihat semakin tidak patuh dalam usaha membendung Covid-19.

‘Kita terpaksa mengambil tindakan yang tegas termasuk mengeluarkan kompaun kepada orang ramai dan pengusaha premis agar mereka berasa takut untuk berbuat demikian.

“Sebelum ini, pihak polis hanya bertindak dengan cara menasihati dan fasa tindakan kompaun akan dilakukan apabila orang ramai dilihat sudah tidak mematuhi SOP termasuk tidak memakai pelitup muka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Forum Perdana pembangunan Islam Dalam Menangani Dadah Dan Pelencongan Sosial di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud dan Ketua- ketua jabatan di IPK Kelantan.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, pihaknya terus melakukan sekatan jalan raya untuk mencegah jenayah selain melakukan pemeriksaan terhadap orang awam yang melanggar SOP diseluruh kawasan di negeri ini.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai agar mematuhi SOP dan buat masa ini saya minta orang ramai sentiasa berada di rumah masing-masing kerana bimbang jangkitan Covid -19,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI