fbpx

11 kes baharu Covid-19 di Sabah libatkan petugas kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan 11 kes positif Covid-19 baharu direkodkan semalam adalah membabitkan petugas kesihatan.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata 11 kes membabitkan petugas kesihatan berkenaan berlaku di enam daerah di Sabah iaitu Tawau (4), Semporna (3) dan masing-masing satu kes di Lahad Datu, Kota Kinabalu, Papar dan Beluran.

“Semua kes ini antara 219 kes positif baharu yang dilaporkan di Sabah setakat semalam, daerah Semporna dan Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi. 61 kes dilaporkan di Semporna dan 42 di Kota Kinabalu, diikuti Sandakan (33), Tawau (28), Papar (18), Ranau (7), Putatan (5), Tambunan (4) dan Penampang (3).

“Selain itu, Tuaran, Kota Belud, Kudat, Pitas dan Beluran masing-masing merekodkan dua kes manakala satu kes baharu dilaporkan di Beaufort dan Kinabatangan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Christina berkata pertambahan kes di Papar dan Sandakan menjadikan kedua-dua daerah berkenaan berada dalam zon merah sejak 5 Oktober sekaligus keseluruhan bilangan zon merah di Sabah meningkat kepada tujuh daerah.

Menurut beliau, lima daerah lain yang dikategorikan sebagai zon merah adalah Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Kota Kinabalu sejak peningkatan kes l hujung September lalu.

Sementara itu, tiga kes kematian terbaharu turut dilaporkan semalam termasuklah kematian seorang bayi perempuan berusia setahun di Semporna sekaligus jumlah kematian keseluruhannya di Sabah akibat Covid-19 ialah 17 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI