fbpx

Zulkifli kongsi kad laporan prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli berharap, kad laporan bulanan itu dapat memberi gambaran secara umum tentang apa yang telah dilaksanakan setiap bulan terutamanya dengan fokus kepada pandemik Covid-19.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Biarpun kini sedang menjalani rawatan di hospital akibat Covid-19, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tetap ‘bertugas’ seperti biasa.

Menerusi hantaran terbarunya di laman Facebook selepas dimasukkan ke hospital semalam, Zulkifli hari ini berkongsi Kad Laporan Bulan Ogos 2020 bagi agensi-agensi di bawah portfolionya iaitu Hal Ehwal Agama.

“Tempoh masa yang dikurniakan Allah S.W.T. pada ketika ini memberi peluang untuk saya bermuhasabah, dan meneliti ruang-ruang penambahbaikan untuk masa mendatang.

“Saya dari lubuk hati yang benar-benar ikhlas, sekali lagi memohon maaf atas apa yang berlaku.

“Dalam masa yang sama, ia tetap menjadi amanah dan tanggungjawab buat saya dalam melaporkan sebarang perkembangan tadbir urus hal ehwal Islam di peringkat persekutuan, setiap bulan sebagaimana yang saya telah lakukan sejak Mac lalu,” katanya.

Katanya, setiap sen yang dibelanjakan bagi sebarang bentuk urusan berkait tadbir urus Islam di peringkat persekutuan adalah amanah dari rakyat.

Zulkifli berkata, jadualnya pada bulan Ogos, kebanyakan tertumpu di Parlimen namun, agensi-agensi di bawahnya amat memahami dan tetap menggerakkan program masing-masing dengan penuh komited.

Menurutnya, kad laporan itu tidaklah melaporkan keseluruhan program dan aktiviti semua agensi di bawahnya namun, ia boleh dirujuk terus di media sosial agensi berkenaan.

“Saya berharap kad laporan bulanan ini dapat memberi gambaran secara umum tentang apa yang telah kami laksanakan setiap bulan terutamanya dengan fokus kepada pandemik Covid-19 pada masa ini.

“Semoga Allah SWT terus memayungi Malaysia dengan rahmat dan kasih sayang-Nya,” katanya.

Zulkifli kini dirawat di hospital selepas disahkan positif Covid-19 semalam. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI