fbpx

Video pergaduhan tular, tiga lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beranak cedera di kepala serta perut dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di kawasan pasar malam pekan Keningau.

Oleh IVAN AMIRUL

KENINGAU – Dua beranak cedera di kepala serta perut dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di kawasan pasar malam pekan daerah ini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, pergaduhan berlaku ekoran perselisihan faham dua beranak berkenaan dengan seorang lelaki sebelum rakan lelaki terbabit datang membantu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya terus bertindak selepas menerima laporan berkaitan kejadian itu.

“Kita menjalankan siasatan dan menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan terbabit. Semua suspek berkenaan ditahan pada malam kejadian di sekitar pekan Keningau.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan itu adalah akibat perselisihan faham dua beranak dengan seorang lelaki. Dua beranak berkenaan cedera di kepala dan perut dipercayai dipukul menggunakan objek keras,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shahrudin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan kemungkinan ada tangkapan lain akan dilakukan.

“Siasatan masih diteruskan dan beberapa individu sudah dikenal pasti terbabit dalam kejadian sama. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,”jelasnya.

Terdahulu, rakaman video berdurasi empat minit 38 saat yang tular di media sosial Facebook sejak pagi tadi menunjukkan dua beranak terbabit bergaduh dengan sekumpulan lelaki sambil membaling barang di kawasan pasar malam berkenaan.

Aksi kejadian itu turut menunjukkan barang jualan di pasar malam bertaburan dan beberapa orang awam yang berada di kawasan berkenaan dilihat membantu dan meleraikan keadaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI