fbpx

United kena lanyak cukup-cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED mengulangi kekalahan dengan jaringan sama ketika dibelasah City 1-6 pada 2011. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui, kekalahan 1-6 kepada Tottenham Hotspur pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford malam kelmarin adalah peristiwa paling memalukan dalam ­kariernya.

Salah satu punca kekalahan memalukan tersebut disebabkan kad merah yang dilayangkan kepada Anthony Martial selepas bintang United itu didakwa menampar muka pemain sayap Spurs, Erik Lamela pada minit ke-29.

Pengendali dari Norway itu menegaskan, ketiadaan Martial jelas ‘membunuh’ semangat barisan pemainnya yang dilihat se­perti mati akal untuk menghalang serangan demi serangan Spurs sepanjang perlawanan tersebut.

“United tidak layak kalah de­ngan keputusan hina seperti ini. Semua pemain seolah-olah hilang karakter dan tidak tahu apa perlu dilakukan selepas kami terpaksa bermain dengan 10 orang.

“Satu perasaan yang cukup mengerikan, mungkin ini adalah hari paling teruk dalam karier saya sejak bergelar pemain dan pengurus United. Saya sa­ngat malu dengan keputusan ini,” ­katanya.

PENGADIL, Anthony Taylor (tengah) melayangkan kad merah kepada Martial (tiga dari kanan) selepas didakwa mengasari Lamela sehingga terbaring kesakitan pada aksi di Old Trafford malam kelmarin. – AFP

Walaupun United membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes, namun segala-galanya berubah selepas itu apabila Spurs berjaya mempamer kebangkitan yang cukup hebat dalam aksi tersebut.

Enam gol skuad bimbingan Jose Mourinho itu diperoleh menerusi dua jaringan Son Heung-min dan Harry Kane selain ­ma­­­si­ng-masing satu daripada Tanguy Ndombele serta Serge Aurier.

Keputusan itu menyaksikan The Red Devils mengulangi kekalahan dengan jaringan sama ketika diaibkan musuh setempat, Manchester City pada 2011.
Sebagai rekod, United kini menduduki tempat ke-16 iaitu dua anak tangga daripada kelompok tiga tercorot selepas tiga aksi liga setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI