fbpx

Tengku Zafrul negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan keputusan ujian saringan Covid-19 yang dilakukannya semalam adalah negatif.

Menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini, Tengku Zafrul berkata, keputusan negatif melalui ujian yang dilakukan sebelum ini itu diterima beliau pagi tadi.

“Pagi ini saya telah menerima keputusan ujian saringan Covid-19, namun saya akan terus bekerja dari kediaman kerana masih perlu menjalani perintah pengawasan di rumah.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif. Namun, saya akan terus berada di rumah menjalani pemantauan kesihatan (kuarantin) kendiri. Tugasan dan komitmen kerja juga akan diteruskan dari rumah. Terima kasih semua atas doa dan ucapan selamat,” katanya.

Semalam, beliau turut menyatakan terbabit dalam mesyuarat yang dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI