fbpx

Suspek bunuh panas baran, cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROZITA (kanan) dan Md. Shariff membaca perbualan terakhir mereka dengan Siti Nor Sufieza menerusi WhatsApp ketika ditemui di Kampung Pinang, Mukim Pedu, Kuala Nerang semalam.

Oleh MOHD. RIFAAT ABD. HAMID

KUALA NERANG – Keluarga mangsa bunuh, Siti Nor Sufieza Md. Sharif, 23, mendakwa arwah sebelum ini pernah mengadu dipukul teman lelakinya sejak berkenalan dua tahun lalu.

Rozita Md. Isa, 45, berkata, dia juga difahamkan anak sulung daripada tiga beradik itu pernah membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Kami tidak berkenan dengan lelaki tersebut kerana arwah ada mengadu dia pernah dipukul yang disifatkan sebagai panas baran dan cemburu buta,” katanya ketika ditemui di Kampung Pinang, Mukim Pedu di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan angkara cemburu, seorang ejen insurans wanita ditemui mati dipercayai dibunuh seorang kenalan lelakinya di rumah sewa mangsa di Taman Mahsuri di sini.

Menurut Rozita, sebagai ibu, dia pernah menasihatkan anaknya supaya memutuskan hubungan itu dan tidak sangka ia berakhir dengan kejadian buruk hingga Siti Nor Sufieza dibunuh.

Tambahnya, arwah seorang yang pendiam dan sangat me­ngambil berat tentang dua adik­nya.

“Kali terakhir dia hubungi saya pada Selasa lalu dan minta saya masak laksa untuk dikirimkan kepada adiknya, Siti Nur Zulaikha, 21, semalam (kelmarin). Saya hanya sempat menghantar gambar laksa menerusi WhatsApp pada pukul 6.45 petang Sabtu lalu,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Md. Shariff Md. Daud, 45, memberitahu, dia reda dengan pemergian anaknya, namun sukar me­nerima cara kematiannya.

“Anak saya seorang yang baik dan sopan serta rapat dengan keluarga, kejadian ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya sekeluarga,” katanya yang berharap suspek akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI