fbpx

Sindiket penyeludupan guna laluan tikus lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ku Majidin

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 mengenal pasti sebanyak 40 laluan tikus lama yang kembali digunakan oleh penyeludup untuk aktiviti penyeludupan di tebing Sungai Golok .

Penolong Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Ku Majidin Che Ku Jusoh berkata, penggunaan semula laluan tikus yang lama itu sekali gus menjadikan sebanyak 128 laluan tikus kini aktif di kawasan berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati, penyeludup menjadikan laluan lama yang merupakan kawasan semak samun selepas beranggapan pihak berkuasa tidak menjalankan rutin rondaan dan penguatkuasaan di kawasan itu.

“Sebelum ini, kita mengenal pasti sebanyak 88 laluan tikus. Mereka bertindak bijak apabila kembali menghidupkan semula 40 kawasan semak samun di Sungai Golok untuk kegiatan penyeludupan.

“Apabila laluan yang aktif itu sering dijadikan tumpuan PGA, mereka telah menghidupkan semula laluan lama sebagai transit barangan seludup sebelum ia dibawa masuk ke negara ini,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal Lubok Setol, Briged Tenggara PGA di sini hari ini.

Menurut Ku Majidin, 128 laluan tikus yang dikenal pasti itu terbahagi kepada tiga sektor iaitu 51 kawasan di Rantau Panjang, Kuala Jambu (50) dan Jeram Perdah (27).

Katanya, PGA Batalion 7 sedang giat membanteras aktiviti penyeludupan dalam Ops Benteng untuk mengelakkan berlaku pertambahan kes penyeludupan sewaktu penularan wabak Covid-19.

“Penggunaan semula laluan tikus untuk aktiviti penyeludupan sudah lama. Pertambahan laluan ini juga bukan disebabkan kecekapan sindiket yang mengambil kesempatan sewaktu penularan wabak Covid-19.

“Ia disebabkan sindiket penyeludupan terpaksa memikirkan alternatif lain untuk menjalankan kegiatan selepas laluan lama sudah tidak selamat bagi mereka,” katanya.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI