fbpx

Polis tahan dua pengedar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua pengedar dadah dalam satu operasi khas di sebuah apartmen di Jalan Sultan Ismail di sini semalam.

Serbuan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu itu bermula kira-kira pukul 8.15 malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, selain menahan dua lelaki berusia 30 dan 40 tahun, polis turut merampas  dadah jenis heroin bernilai RM13,200.

“Heroin seberat 1,800 gram itu yang boleh dibekalkan kepada 800 orang penagih dadah.

“Turut dirampas wang hasil jualan dadah sebanyak RM200 dan sebuah kenderaan jenis Audi TT FSI yang digunakan oleh kedua-dua suspek terbabit,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 12 Oktober depan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI