fbpx

MPKB- BRI tebang 15 pokok berisiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melakukan kerja-kerja menebang 15 pokok yang berisiko untuk tumbang di sekitar Kota Bharu

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menebang sebanyak 15 batang pokok yang berisiko untuk tumbang sejak beberapa bulan lepas.

Tindakan menebang pokok itu secara berperingkat dilakukan susulan kejadian ribut pada bulan lepas malah tanaman itu juga dirapikan mengikut garis panduan ditetapkan dan spek tertentu.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata, pokok yang ditebang itu kebanyakan melibatkan pesekitaran kawasan Kota Bharu.

Menurutnya, MPKB-BRI sentiasa mengambil langkah awal untuk berbuat demikian demi keselamatan umum.

“Kita sentiasa melakukan pemantauan dengan mengenal pasti pokok yang berada di sepanjang jalan selamat atau tidak.

“Tetapi pokok yang dikenal pasti masih elok dan terkandung dalam inventori pokok yang selamat dalam bandar akan dikekalkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pokok yang ditebang pula tidak bergantung kepada usia tumbuhan itu dan sekiranya ia berisiko, tindakan segera akan diambil bagi mengelak kejadian ribut atau angin kencang.

Tambah Tuan Zainal Abidin, sebanyak 250 pokok yang berada di kawasan Kota Bharu termasuk dalam senarai inventori pokok warisan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI