fbpx

MFL harap Felda United tidak terburu-buru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI

PENGELOLA Liga Malaysia (Liga M), Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terkejut dengan keputusan Felda United selepas mengumumkan penarikan diri daripada kancah saingan liga tempatan musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, pihaknya masih belum menerima surat rasmi daripada Felda United dan me­nuntut pasukan tersebut tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.

Ab. Ghani mengakui tindakan itu satu kerugian besar dalam arena bola sepak negara selepas 13 tahun Felda United beraksi dalam kancah Liga M.

“Kita baru sahaja menerima berita mengenai penarikan diri Felda United dalam sai­ngan Liga M. Jika boleh mereka perlu­ memikirkan kembali tentang keputusan yang mereka putuskan.

“Keputusan mereka lakukan itu melibatkan warga dan peminat Felda. Ini kerana, pa­sukan itu bersaing hebat dalam saingan Liga Super dan mampu mengatasi pasukan gergasi ta­nah air.

“Bagi saya, ia satu kerugian besar kepada arena bola sepak negara,” kata Ab. Ghani ketika ditemui di pejabat MFL di Pe­taling Jaya semalam.
Dalam pada itu, Ab. Ghani menjelaskan, MFL akan me­nunggu surat rasmi daripada Felda United sebelum mengemukan perkara itu dalam mesyuarat akan datang.

“MFL akan mengambil langkah dan buat persiapan ter­tentu untuk mengisi kekoso­ngan yang ditinggalkan Felda United selepas ini.

“Seperti yang saya katakan tadi, masa masih ada untuk mereka memikirkan semula. Buat masa ini kita belum me­nerima kenyataan rasmi penarikan diri Felda United. MFL juga akan melakukan tindakan menerusi perbincangan di pe­ringkat tertinggi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI