fbpx

Menyamar polis cuba peras ugut buruh ladang Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Honda Accord yang digunakan dua lelaki yang dicari bagi membantu siasatan kes menyamar sebagai anggota polis di Felcra Sungai Pergam, Hulu Kemaman dekat sini hari ini.

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Hajat dua lelaki mahu memeras ugut 10 buruh ladang warga Indonesia dengan menyamar sebagai anggota polis tidak kesampaian apabila modus operandi jenayah mereka berjaya dikesan pegurus ladang tersebut di Felra Sungai Pergam, Hulu Kemaman dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, dua lelaki yang berusia 30-an itu bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Honda Accord selepas pengurus ladang itu memaklumkan beliau mengenali anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kedua-dua lelaki tersebut telah memperkenalkan diri kononnya anggota polis dari IPD kepada 10 pekerja ladang warga Indonesia berkenaan.

“Salah seorang daripada mereka memperkenalkan diri kononnya Mohd. Khalid dari IPD Kemaman sambil menunjukkan kad berwarna biru.

“Kedua-dua lelaki itu kemudiannya mendakwa kononnya kesemua warga asing itu tidak mempunyai kebenaran untuk bekerja sebagai buruh ladang berikutan penularan pandemik Covid-19 pada waktu ini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, mereka seterusnya memeras ugut kesemua buruh ladang itu agar menyerahkan RM100 setiap seorang kononnya sebagai balasan tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Tambah beliau, pengurus ladang berkenaan yang kebetulan menyaksikan kejadian itu menegur kedua-dua lelaki tersebut tersebut dengan mengatakan beliau mengenali anggota polis IPD Kemaman. – K! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI