fbpx

Lapan pengamal media Kelantan jalani saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengamal media menjalani ujian Covid -19 di sebuah klinik kesihatan Kota Bharu hari ini.

Oleh ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seramai lapan orang pengamal media daripada beberapa agensi di Kelantan menjalani ujian saringan Covid-19 di sebuah klinik kesihatan di sini hari ini.

Ujian itu dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga selepas mereka membuat liputan program Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di sempena hari terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Kelantan pada 25 September lalu.

Kesemua mereka terlibat merupakan wartawan, jurugambar dan juruvideo.

Sarang pengamal media, Azni Zainal Abidin, 65, berkata, dia terpanggil hadir menjalani ujian tersebut atas nasihat daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr. Zaini Hussin.

“Saya ditugaskan membuat liputan program itu baru-baru ini dan sebagai langkah terbaik saya perlu membuat ujian.

“Sebagai individu yang terdedah secara dekat dengan mereka yang positif, ia agak membimbangkan. Jadi kami juga perlu tampil melakukan pemeriksaan dan saya berharap keputusan ujian negatif,” katanya.

Sementara itu, Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) mengambil inisiatif untuk membiayai kos saringan Covid-19 melibatkan ahli-ahlinya.

Timbalan presidennya, Zabidi Ishar berkata, Kemudi mengambil tanggungjawab dalam soal kebajikan dan membantu meringankan beban ahli.

“Ini sumbangan kecil kita kepada ahli dan berharap ujian dilakukan seramai lapan ahli kami berakhir dengan keputusan negatif,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI