fbpx

KPN arah JIPS siasat sementara tunggu laporan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pasangan suami isteri menyambut hari lahir dalam suasana serba mewah.

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penglibatan pegawainya dalam pengubahan wang haram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau telah mengarahkan JIPS melakukan siasatan sementara menunggu laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersial turut diarahkan untuk membantu dalam melengkapkan siasatan tersebut.

“SPRM sedang menjalankan siasatan berhubung isu ini dan sementara menunggu laporan itu saya arahkan JIPS untuk turut membuat siasatan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ada kelibat pegawai polis dalam satu video sambutan hari lahir pasangan suami isteri bergelar Datuk yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan penipuan pengubahan wang haram dan Macau Scam.

Tambah Abdul Hamid, pihaknya akan menjalankan siasatan yang telus dan adil.

“Orang ramai prihatin dengan hala tuju dan prestasi PDRM dan saya tidak akan berkompromi jika ada unsur penyelewangan dan rasuah dalam kalangan warga polis,” ujarnya.

Terdahulu tular satu video berdurasi enam minit menunjukkan pasangan suami isteri yang ditahan SPRM baru-baru ini membuat majlis sambutan hari lahir termasuk mempamerkan kemewahan melampau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI