fbpx

Klinik swasta ditutup sementara akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan dari klinik swasta yang tular hari ini.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini mengesahkan penutupan sebuah klinik swasta di Taman Daya, di sini, selepas dua pesakitnya didapati positif Covid-19.

Pengarah JKNJ, Dr. Aman Rabu berkata, penutupan klinik berkenaan berkuatkuasa serta-merta sehingga proses sanitasi terhadap klinik itu dibuat.

“Ya betul, sudah disahkan Pegawai Kesihatan Johor Bahru. Pejabat Kesihatan daerah telah menasihati (untuk menutup klinik) dan siasatan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hari ini, tular di laman sosial surat daripada pengurusan sebuah klinik yang memaklumkan tentang penutupan sementara operasi mereka.

Penutupan selama seminggu itu bermula hari ini sehingga 14 Oktober depan dibuat ekoran dua pesakitnya yang dikesan positif Covid-19, semalam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI