fbpx

Kerjasama negara ASEAN pacu industri halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia bekerjasama dengan rakan anggota ASEAN untuk mengukuhkan industri makanan halal agar lebih berdaya saing.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelawaan tersebut termasuk berkolaborasi dalam bidang farmaseutikal halal, peralatan kesihatan halal, malah ramuan halal.

“Sebagai Pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), saya ingin menjemput semua ekonomi APEC untuk berkolaborasi dengan Malaysia bagi menjadikan produk halal lebih mudah didapati, mampu milik dan mampan untuk populasi Muslim berjumlah 1.8 bilion.

“Industri makanan halal sendiri bernilai AS$1.6 trilion (RM6.64 trilion) dan diunjurkan bernilai AS$2.1 trilion (RM8.72 trilion) menjelang 2030,” kata­nya.

Beliau berkata demikian dalam nota utama Persidangan Halal Dunia 2020 yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa (MITEC) di sini semalam.

 

Persidangan hibrid selama sehari yang diadakan secara fizikal dan maya itu disertai 300 peserta di MITEC dan 1,500 lagi peserta maya dari 50 negara.

Turut hadir Pengerusi Halal Development Corporation (HDC), Datuk Mahmud Abbas.

Selain itu, Mahmud menjelaskan, antara cabaran yang dihadapi pihaknya kini adalah kewujudan badan pensijilan halal yang meragukan dan mengeluarkan sijil halal terlalu mudah.

Jelasnya, terdapat sekitar 200 badan pensijilan halal seluruh dunia dan hanya 50 hingga 60 daripadanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI