fbpx

Bekalan air dijangka mula diagih malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekalan air dijangka akan mula diagihkan secara berperingkat menjelang malam ini bagi kawasan yang terjejas berikutan pencemaran bau yang berlaku di Sungai Semenyih.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melalui laman Twitternya berkata, kerja-kerja pembersihan paip dan rawatan air mentah perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

“Meskipun Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sudah mencapai 0 TON, namun satu tempoh masa perlu diambil untuk kerja pembersihan paip dan rawatan air mentah.

“Insha-Allah, Menjelang malam ini bekalan air akan mula diagihkan secara berperingkat,” ciapnya.

Terdahulu, Air Selangor melalui Twitter turut memaklumkan sehingga pukul 11.30 pagi, tahap pencemaran sumber air mentah di lokasi persampelan permukaan sauk LRA Sungai Semenyih mencatatkan bacaan 0 TON manakala di muka sauk LRA Bukit Tampoi 1 TON.

Katanya LRA Sungai Semenyih telah mula mengoperasikan pam air mentah pagi ini bagi kerja-kerja pembersihan paip air mentah dan tangki-tangki rawatan air.

Usaha untuk merawat air mentah dan menstabilkan sistem LRA akan mengambil masa selama 12 jam sebelum bekalan air boleh diagihkan kepada para pengguna. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI